Ditubuhkan pada tahun 2025, Yayasan Komuniti Lestari (YKL) berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) dan berfungsi sebagai platform untuk pembangunan komuniti yang inklusif dan berimpak tinggi. Nama berdaftar yayasan ini ialah Pemegang Amanah Yayasan Komuniti Lestari Berdaftar (PPAB-32/2025). YKL berperanan dalam community empowerment melalui pendidikan, kebajikan sosial dan pembangunan mampan melalui pendekatan kerjasama strategik bersama kerajaan, sektor korporat dan masyarakat. YKL diasaskan oleh Y.Brs En. Aizal Aswad bin Hj. Narhamdan dan Y.Brs En. Zainuddin bin Osman, berlandaskan aspirasi untuk membina masyarakat yang berdaya tahan, inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan. YKL percaya bahawa pembangunan negara bermula daripada komuniti yang berdaya, berpengetahuan dan berpeluang, yang selaras dengan prinsip sustainable development.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Yayasan Komuniti Lestari (YKL) dapat ditubuhkan sebagai satu wadah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara tercinta dengan fokus kepada community empowerment dan sustainable development.
Penubuhan Yayasan ini lahir daripada keprihatinan dan kesedaran akan keperluan untuk membantu golongan yang memerlukan, membina masa depan generasi muda serta menyemai nilai murni dalam komuniti kita. Saya percaya bahawa setiap insan mempunyai potensi untuk berjaya, namun tidak semua diberi peluang yang sama. Justeru itu, Yayasan Komuniti Lestari (YKL) ditubuhkan bagi membuka ruang dan menyediakan sokongan kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang.
Kami di Yayasan ini berpegang kepada prinsip keikhlasan, ketelusan dan tanggungjawab sosial dalam setiap tindakan dan inisiatif kami. Sama ada dalam bidang pendidikan, sosial, kebajikan, kesihatan, pembangunan belia, mahupun pemuliharaan alam sekitar — kami komited untuk menjadi pemangkin perubahan positif dan menyokong sustainable development.
Akhir kata, besar harapan saya agar usaha kecil ini akan membawa impak yang besar kepada masyarakat, serta menjadi legasi yang memberi manfaat berpanjangan, Insya-Allah.
Selamat datang ke Yayasan Komuniti Lestari (YKL). Kami yakin dalam memacu perubahan dan kemajuan komuniti dan kami percaya bahawa melalui usaha kolektif, impak yang lebih besar dapat diwujudkan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
En. Aizal Aswad bin Hj. Narhamdan
En. Zainudin bin Osman
Pengasas YKS
Komuniti Berdaya melalui inisiatif Yayasan Komuniti Lestari, Alam Terpelihara untuk mencapai matlamat pembangunan yang berkelanjutan, dan Masa Depan Terjamin untuk semua.
Memperkasa komuniti melalui pendidikan dan latihan untuk menyokong kebajikan dan kesejahteraan sosial, serta memacu pembangunan lestari melalui kolaborasi strategik dengan Yayasan Komuniti Lestari.
Pihak YKL tidak melantik pihak ke-3 untuk mengutip atau mengurus dana/sumbangan bagi pihak kami. Sebarang urusan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak YKL
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.